KUALA TERENGGANU: Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah di Dungun, dekat sini meninggal dunia hari ini dipercayai akibat jangkitan influenza. Muhammad Amsyar Farhan Mohd. Noor, 11, yang juga anak bongsu daripada dua beradik menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS). Ibunya, Normala Mohd Nor, 42, berkata, anaknya menunjukkan tanda tidak sihat pada pagi Selasa sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta di Paka…