Ibu rayu kesan anak gadis lari dari rumah

Ibu rayu kesan anak gadis lari dari rumah

Hashimah Hashim menunjukkan gambar Nurul Sakinah Abdullah yang keluar dari rumahnya pada awal pagi kelmarin di Lorong Yunos, Kampung Sungai Durian Darat, Serkat, di Pontian, Johor.Hashimah Hashim menunjukkan gambar Nurul Sakinah Abdullah yang keluar dari rumahnya pada awal pagi kelmarin di Lorong Yunos, Kampung Sungai Durian Darat, Serkat, di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang ibu tunggal merayu pertolongan orang ramai bagi mengesan anak angkat yang lari meninggalkan rumah keluarganya pada kira-kira pukul 3, 29 September lalu.

Hashimah Hashim, 53, berkata, dia tidak mengetahui mengapa anak angkatnya Nurul Sakinah, 18, tiba-tiba keluar dari rumah ketika semua ahli keluarga sedang tidur melalui pintu dapur.

Katanya, Nurul Sakinah, baru sebulan mendapat kad pengenalan setelah 10 tahun permohonan dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan mengalami masalah teknikal.

“Saya mengambil Sakinah daripada ibunya ketika berusia tujuh bulan dan menjaganya seperti anak sendiri dan tinggal bersama enam lagi anak saya, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Yunos, Kampung Sungai Darat, Serkat, di sini, hari ini.

Tambah Hashimah, Sakinah tidak bersekolah kerana tiada pengenalan diri dan juga tidak pernah keluar jauh dari rumahnya dan hanya di kawasan tempat tinggal sehingga ke Pekan Serkat.

“Ketika keluar dari rumah dia ada membawa sama telefon prabayar tetapi telefonnya telah disekat apabila saya membuat panggilan pada pagi Sakinah hilang,” katanya dengan linangan air mata.

Katanya, tiada sebarang perselisihan faham antara kakak, abang dan adik angkatnya dengan Sakinah dan dia tiada mengetahui punca anak angkatnya melarikan diri secara tiba-tiba pada tengah malam.

Menurut Hashimah, ketika melarikan Sakinah tiada membawa duit kerana tidak berkerja dan tidak tahu dengan siapa Sakinah melarikan diri pada ketika itu.

“Sebagai ibu yang memelihara sejak bayi, tentu saya bimbang dan risau dengan keselamatan Sakinah dimana sehingga kini tiada menerima sebarang khabar berita mengenainya,” jelasnya lagi.

Tambahnya usaha mencari telah dilakukan di rumah saudara mara termasuk di Kuala Lumpur kelmarin, namun Sakinah tiada berada disana.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Mohammad Shofee Tayib berkata, keluarga Orang Hilang (OH) telah membuat laporan kehilangan Nurul Sakinah Abdullah di Balai Polis Permas pada pagi kejadian tersebut.

Orang ramai yang ternampak orang hilang (OH), boleh menghubungi talian 013-7311232 atau talian hotline 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN