Hazwani Helmi mohon doa buat abah dari lautan Gaza - Utusan Malaysia

Hazwani Helmi mohon doa buat abah dari lautan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Hasbunallah wani’mal wakeel, saat kapal ini menembusi kawasan red zone,kami diuji lagi dengan khabar dari tanah air, Abah disahkan positif influenza.”

Menerusi hantaran di media sosial aktivis, Hazwani Helmi yang kini menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) memohon agar rakyat Malaysia menitipkan doa, bukan sahaja buat keselamatan mereka yang sedang berlayar di zon berisiko, tetapi juga untuk kesembuhan ayahnya.

Sebelum ini, Hazwani turut menitipkan penghargaan buat kedua-dua ibu bapanya yang merelakan pemergiannya dan kakak, Heliza Helmi berlayar menyertai misi ke Gaza itu.

“Kami mohon dengan penuh rendah hati, titipkan doa bukan sahaja buat keselamatan kami yang sedang berlayar di zon berisiko ini, tetapi juga buat abah agar segera pulih, diberi kekuatan dan kesabaran,” luahnya.

Dalam hantaran IG Story aktivis itu juga turut berkongsi rakaman video dihantar oleh ibu mereka yang menunjukkan ayahnya tetap setia menantikan berita terkini mengenai perkembangan flotilla, meskipun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Difahamkan, Hazwani bersama kakaknya, Heliza Helmi, kini telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa ketika dalam pelayaran misi kemanusiaan ke Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN