KUALA LUMPUR : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai khususnya majikan jangan terpedaya helah sindiket yang menyamar sebagai pegawai mereka dan menawarkan perkhidmatan ‘setel tepi’. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, ada segelintir majikan dikesan termakan umpan dan membuat bayaran kononnya bagi melepaskan pekerja mereka yang ditahan. Menurutnya, JIM Kuala Lumpur khususnya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak dan setiap tangkapan akan melalui prosedur undang-undang…