NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand percaya barang kemas bernilai lebih RM3.11 juta yang dilarikan sekumpulan perompak dari sebuah kedai emas di Sungai Golok, kelmarin sudah dibawa lari ke Malaysia. Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, Pasukan Polis Wilayah 9, akan meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan kumpulan terbabit serta emas yang dilarikan itu. “Penyelarasan dengan pihak Malaysia adalah penting untuk memburu kumpulan terbabit dan…