Harap Nubhan lembut hati demi saya, anak - Isteri

Harap Nubhan lembut hati demi saya, anak – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi terkenal, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan moral daripada masyarakat susulan kemelut rumah tangga yang sedang melanda.

Walaupun berdepan ujian besar dalam perkahwinan, Dr. Afifah, 36, masih menyimpan harapan agar suaminya itu dapat berlembut hati demi masa depan mereka sekeluarga

“Hari ini hati saya sedikit terubat apabila terbaca kata-kata semangat daripada kalian. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Nubhan, ya.

“Semoga ada kelembutan di hatinya untuk saya dan anak-anak. Bolehkah begitu? Bolehlah, ya,” tulisnya menerusi satu hantaran di platform Thread.

Ruang komen turut dibanjiri dengan ucapan doa serta kata-kata semangat daripada pengikutnya yang berharap pasangan itu dapat berdamai dan mempertahankan rumah tangga yang dibina.

“Kalau jodoh masih panjang, apa nak kata. Allah sebaik-baik perancang. Cuma, jangan serahkan seluruh hati kepada manusia semata-mata,” tulis satu komen.

“Kuatkan diri, doktor. Sama ada bersama Nubhan atau tidak, kami tahu doktor seorang yang kuat,” tulis komen yang lain.

“Ambil masa yang lama untuk sembuh, Fie. Saya doakan awak terus tabah,” ucap seorang peminat.

Terdahulu, Dr. Afifah mengakui bahawa dirinya hanya mampu reda dengan ketentuan Ilahi, walaupun dalam hati masih menyimpan harapan agar rumah tangga yang dibina selama ini dapat diselamatkan.

Untuk rekod, Nubhan telah melafazkan cerai terhadap isterinya pada 26 Ogos lalu ketika berada di dalam kereta.

Beliau kemudian memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan pertama kes berkenaan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN