Hadiahkan telekung, saya ada cuba pujuk Uqasha - Kamal Adli

Hadiahkan telekung, saya ada cuba pujuk Uqasha – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Kamal Adli berkata dia sudah berusaha untuk memujuk isterinya, Uqasha Senrose bagi mempertahankan rumah tangga mereka.

Malah, menurut Kamal, dia juga ada menghadiahkan Uqasha sepasang telekung dalam usaha memenangi hati isterinya kembali.

“Saya ada bagi telekung kepada dia,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, akui Kamal, dia tidak dapat memujuk secara berlebihan kerana mendapat surat arahan daripada peguam Uqasha untuk tidak berjumpa dengan anak guamnya.

“Saya dapat surat. Saya dapat surat yang mengatakan jangan ganggu anak guam dia. Jadi saya hormat untuk ‘cooling period’ itu.

“Kalau saya, memang saya nak berusaha pujuk lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, peguam yang mewakilinya iaitu Hadi Saleh turut memaklumkan sudah menghantar surat untuk berjumpa Uqasha bagi menyelesaikan kemelut perhubungan anak guamnya.

“Kita ada usahalah. Kita dah hantar surat untuk ajak jumpa secara berdualah,” ujarnya.

Terdahulu, prosiding perceraian antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa terpaksa ditangguhkan selepas peguam yang mewakili pihak aktres itu dilaporkan menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Menurut peguam syarie Kamal Adli, iaitu Abdul Hadi Mohammad Salleh, prosiding berlangsung secara sebelah pihak memandangkan tiada wakil baharu hadir bagi pihak Uqasha.

Rumah tangga pasangan selebriti itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN