KUANTAN: UMNO Pahang mendesak kerajaan Malaysia menggunakan semua saluran diplomatik, undang-undang dan jaringan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan 12 rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza segera dibebaskan. Dalam kenyataannya, UMNO Pahang turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan segala bentuk tindakan zalim, bukan sahaja terhadap aktivis kemanusiaan…