PETALING JAYA:Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pukul pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur, kira-kira 76 kilometer (km) timur dari Surigao City, Filipina. Bagaimanapun, Gempa bumi dengan kedalaman 52 km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.