PETALING JAYA: Kerajaan bercadang menaikkan gaji hakim sebanyak 30 peratus selepas 10 tahun tidak mengalami peningkatan. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan hakim tidak menerima kenaikan gaji tahunan seperti skim lain dalam kerajaan. Pada masa sama, beliau berkata, golongan itu juga tidak dibenarkan memegang jawatan dan perniagaan. “Atas kesedaran kita, juga sistem badan kehakiman yang pernah dianggap tercalar, tapi berbangga badan kehakiman sekarang ke arah lebih wibawa, lebih…