AKPS serius tangani rasuah, salah guna kuasa di pintu sempadan - Mohd Shuhaily

AKPS serius tangani rasuah, salah guna kuasa di pintu sempadan – Mohd Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Peruntukan sebanyak RM45 juta untuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyatakan keseriusan Kerajaan Madani membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa terutama dalam bidang penguatkuasaan di pintu masuk sempadan.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman dalam Belanjawan 2026.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas peruntukan yang diberikan kepada agensi baharu ini.

“Perjalanan kami masih baru dan sudah tentu mempunyai liku-liku tersendiri kelak. Pengalaman veteran  dalam bidang keselamatan dan pertahanan negara amat kami tagih dalam menjayakan hasrat kerajaan,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, disiplin dan kepakaran veteran tentera akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan AKPS menjadi agensi penguatkuasaan sempadan yang berwibawa dan bermaruah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×