KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Besar ASEAN-China (FTA) Versi 3.0 merupakan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, ASEAN dan China mahu memperkukuh hubungan dagangan dua hala apabila kedua-dua pihak bersetuju menilai semula dan menaik taraf FTA kepada Versi 3.0.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, China kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN selama beberapa tahun, manakala ASEAN kini juga menjadi rakan dagang utama China.
Hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN kemudian diteruskan sidang bersama China, New Zealand dan New Zealand
Program kemudian diteruskan Majlis Penyerahan Tugas Kepengerusian ASEAN kepada Filipina yang berlangsung pada sebelah petang.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bermula sejak Ahad lalu dihadiri beberapa pemimpin utama negara antaranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang.-UTUSAN










