PETALING JAYA: Pembentangan Belanjawan 2026 hari ini dijangka antara paling mencabar sejak negara berdepan tekanan ekonomi global dan desakan penyatuan fiskal yang semakin ketara. Bank Dunia turut memberi amaran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka mendatar, dengan momentum perlahan akibat ketidaktentuan pasaran dunia dan risiko tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa sektor dagangan global. Tumpuan kerajaan kini, memastikan belanjawan bersifat inklusif, mengekalkan kesejahteraan rakyat, mengawal perbelanjaan negara serta mengurangkan…










