Fasi cabul 4 murid disambung reman tiga hari

Fasi cabul 4 murid disambung reman tiga hari

kanak-kanak jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Tempoh reman seorang fasilitator berusia 33 tahun yang disyaki mencabul empat murid lelaki berusia 12 tahun di sebuah kem motivasi di Kampung Genting di sini disambung tiga hari lagi bermula esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam kepada pemberita, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, suspek yang juga seorang lelaki tempatan direman selama tujuh hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ia susulan kejadian cabul yang didakwa berlaku semasa program motivasi membabitkan sebuah sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak pada 12 Oktober lalu.

Difahamkan, suspek yang juga merupakan fasilitator jemputan dalam program tersebut telah bertindak mencabul kesemua mangsanya ketika mereka sedang tidur di asrama penginapan kem motivasi berkenaan.

Mangsa bagaimanapun hanya menceritakan kejadian itu kepada guru besar selepas pulang dari kem terbabit sebelum laporan polis dibuat sehari kemudian oleh guru besar berkenaan di Balai Polis Bagan Serai, Perak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN