KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bangi dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki 4,002 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) secara borong tanpa lesen, Rabu lalu. Tiga tertuduh warga Indonesia, Fauzan, 25; Yusrijal, 26; dan Ridwanuddin, 24, serta seorang warga Myanmar, Myo Naing Oo, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi. Bagaimanapun, mahkamah hanya akan menjatuhkan…