KUALA SELANGOR: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak enam tahun lalu. Kesemua tertuduh iaitu S. Sugumaran, 45; S. Rajah, 27; M. Deva Kumaran, 44, dan M. Mugilan, 35, mengangguk faham atas satu pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza. Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)…