KLANG: Empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerah memadamkan kebakaran sebuah gudang kitar semula di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.
Selain Pelabuhan Klang, ia melibatkan BBP Pulau Indah, Sri Andalas dan Klang Utara.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.47 pagi sebelum menggerakkan sepasukan 24 anggota termasuk bersama jentera dikerah dalam operasi berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan longgokan kertas yang diproses dalam gudang berkenaan. Api di bangunan kelas A berkeluasan 100 x 500 kaki persegi itu berjaya dikawal pukul 7.42 pagi,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Tambah Ahmad Mukhlis, usaha pemadaman masih giat dijalankan pihakmya ketika ini. – UTUSAN










