Elak kaitkan isu politik dengan keselamatan

Elak kaitkan isu politik dengan keselamatan

LI Qiang selepas menghadiri Majlis ASEAN Campur Tiga Ke-28 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara-negara ASEAN perlu mengelak daripada mempolitikkan atau mengaitkan isu ekonomi dengan keselamatan sebaik kerjasama secara terbuka dijalin dalam kalangan anggota.

Perdana Menteri China, Li Qiang berkata, hal ini kerana Asia Tenggara mempunyai potensi untuk berkembang sebagai pusat ekonomi global di rantau ini.

Katanya, China mahu mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan dengan semua pihak dan melaksanakan tindakan konkrit bagi mencipta lebih banyak peluang pembangunan di Asia Tenggara.

“Berkat pegangan terhadap prinsip kerjasama terbuka, kita berjaya merentasi perbezaan sistem sosial. Dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing serta mematuhi undang-undang ekonomi, kita mencapai saling melengkapi dan pembahagian kerja antara negara-negara. 

“Melalui komunikasi, dialog, pengurusan dan penyelesaian perbezaan, kita meminimumkan gangguan terhadap pembangunan ekonomi. 

“Dengan mengekalkan kerjasama terbuka, kita telah memajukan keterhubungan serantau, merangsang tenaga pasaran serta mencipta dan berkongsi peluang pembangunan bersama,” katanya dalam Ucapan Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-28 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. 

Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung dan Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu.

Li Qiang berkata, kerjasama antara dan China, Jepun, Korea Selatan secara keseluruhan mengekalkan momentum positif, memperlihatkan daya tahan serta ekonomi Asia Tenggara.

“Bagaimanapun kami menyedari bahawa perubahan rumit dalam landskap perdagangan dan ekonomi antarabangsa khususnya gangguan akibat tarif yang tinggi memberi cabaran terhadap sehingga meningkatkan ketidaktentuan serta ketidakstabilan dalam persaingan mahupun pembangunan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN