'Dunia ini palsu... saya sudah menang' - nota ditinggalkan suspek tikam pelajar

‘Dunia ini palsu… saya sudah menang’ – nota ditinggalkan suspek tikam pelajar

Jenayah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: ‘Dunia ini palsu. Saya sudah menang’ dipercayai nota yang ditinggalkan oleh suspek yang menikam mati pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan ada menemukan nota surat tersebut ketika tangkapan dan pemeriksaan awal terhadap suspek lelaki yang berusia 14 tahun.

“Saya sahkan polis ada jumpa nota dan ia dirampas bersama dengan suspek ketika pemeriksaan awal dijalankan dan bukan di dalam tandas tempat kejadian berlaku.

“Nota berkenaan kini sedang disiasat oleh pegawai penyiasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Nota tersebut turut tular di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN