PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN). Hajiji berkata, pembubaran tersebut telah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman selepas mengadakan pertemuan di Istana Seri Kinabalu hari ini. Pengumuman itu menyaksikan PRN perlu diadakan tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN. DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini, selaras…