FGV diberi kelonggaran terus operasi ladang

FGV diberi sebulan selesai isu ladang Terengganu

Sewa kenderaan untuk mengangkut produk pertanian kini meningkat ekoran kenaikan harga minyak global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju melanjutkan tempoh remedi  berhubung Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Notis 425 KTN) selama sebulan lagi.

Kerajaan negeri juga tidak meneruskan tuntutan sama yang dihantar kepada semua Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd. (FGV).

Tempoh remedi merujuk kepada memperbetul keadaan yang memberi FGV peluang untuk mengalihkan aset mereka sebelum sebarang tindakan sitaan diambil. 

Tempoh itu sepatutnya berakhir 7 Disember lalu supaya FGV mengalihkan aset dan mengosongkan premis di ladang-ladangnya seluas kira-kira 15,000 hektar nerikutan tindakan penguatkuasaan undang-undangpenyampaian Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah mengikut Seksyen 425 KTN pada 30 November lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Ali berkata, dalam tempoh remedi yang dilanjutkan sehingga 7 Januari 2026 itu, perbincangan ke arah memuktamadkan terma dan syarat perjanjian akan diadakan.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju memberi kelonggaran kepada FGV bagi meneruskan operasi semua ladang mereka di Terengganu berkuat kuasa serta-merta.

“Notis yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN akan ditarik balik sebaik sahaja satu perjanjian muktamad berjaya ditandatangani antara kerajaan negeri dan Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN