Dua pelajar maut dalam perjalanan ke sekolah

Dua pelajar maut dalam perjalanan ke sekolah

KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan maut meragut dua nyawa di Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua pelajar tingkatan satu maut selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah di Bukit Keluang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @Abu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu  melibatkan sebuah kenderaan jenis Nissan Serena dan motosikal jenis Yamaha Y16ZR. 

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR iaitu Wan  Mohamad Shahronny Wan Rosli, 13, manakala pemboncengnya, Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, 13, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan  dari arah Bukit Kluang menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah (PNZ). Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah Nissan Serena di bahagian hadapan yang keluar dari simpang. 

“Kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang dan pembonceng motosikal maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN