Dua lelaki disyaki culik kanak-kanak ditangkap penduduk rumah panjang

Dua lelaki disyaki culik kanak-kanak ditangkap penduduk rumah panjang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARIKEI: Polis mengesahkan penangkapan ke atas dua lelaki oleh penduduk sebuah rumah panjang di sini, yang disyaki menculik kanak-kanak untuk penjualan organ.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata kedua-dua lelaki tersebut juga telah diserahkan kepada pihaknya, dalam keadaan mengalami kecederaan.

“Kedua-dua lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Sarikei kerana mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan
siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu, Aswandy berkata pihaknya turut mengesan hantaran di Facebook kira-kira pukul 11 malam semalam, berkenaan tangkapan oleh penduduk kampung ke atas dua lelaki itu.

Berdasarkan rakaman video yang tular itu, kedua-dua lelaki terbabit dikatakan telah menculik kanak-kanak di rumah panjang tersebut.

Turut kelihatan kepala kanak-kanak terbabit telah dipenggal, dengan badan dan kepalanya dimasukkan di dalam guni.

Terdapat juga dakwaan bahawa kedua-dua lelaki terbabit terlibat dalam sindiket penjualan organ kanak-kanak.

Bagaimanapun, Aswandy menegaskan setakat ini tiada apa-apa penemuan mayat kanak-kanak yang dipenggal kepala, seperti yang tular itu.

“Pihak polis tiada menerima sebarang laporan berkenaan perkara tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Tegasnya tindakan mengeluarkan kenyataan palsu boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN