JELI: Polis merampas daun ketum seberat 759 kilogram (kg) selepas menahan dua lelaki yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di tepi jalan Kampung Kulim, di sini semalam. Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 11 pagi selepas dikesan memandu MPV tersebut dalam keadaan mencurigakan dari arah sebuah sebuah stesen minyak di sini menghala ke Ayer Lanas. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, anggota unit kereta peronda polis…










