Donald Trump tiba ke Malaysia

Donald Trump tiba ke Malaysia

DONALD Trump tiba di Kompleks Bunga Raya, Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Ketibaan beliau pada pukul 10.05 pagi itu disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar hadir menyambut ketibaan pemimpin itu di pekarangan kompleks tersebut sebelum kedua-duanya menaiki kenderaan rasmi menuju ke lokasi sidang kemuncak di ibu negara.

Terdahulu, Trump mencuri perhatian apabila beliau dilihat teruja mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera negaranya.

Menariknya, Trump turut beramah mesra dan menari bersama kumpulan penari kebudayaan yang membuat persembahan tradisional bagi menyambut ketibaannya.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Kehadiran Trump ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara AS dan negara-negara ASEAN serta memperlihatkan komitmen Washington terhadap keamanan dan kemakmuran rantau ASEAN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN