Decathlon raikan ulang tahun, anjur Decathlon Trail Run 2025

Decathlon raikan ulang tahun, anjur Decathlon Trail Run 2025

ZULFAZLI Zainal (dua dari kiri) bersama Arman Arshad (empat dari kiri) ketika sidang media di Decathlon Sri Damansara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Decathlon Malaysia meraikan ulang tahun kesembilan penubuhannya dengan menganjurkan Decathlon Trail Run 2025, acara larian denai pertama anjuran syarikat itu yang dijadual berlangsung pada 16 November ini di Kemensah Off Trail, Gombak.

Menariknya, acara ini telah menerima lebih 700 penyertaan daripada 11 negara, sekali gus membuktikan daya tarikannya dalam kalangan penggemar aktiviti lasak dan rekreasi.

Acara yang dianjurkan bersama The Comrades itu menawarkan tiga kategori utama iaitu 5 kilometer (fun run), 10 kilometer, dan 15 kilometer.

Jurucakap Decathlon, Zulfazli Zainal berkata, penganjuran kali ini mengetengahkan pendekatan mesra peserta, sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan bagi menggalakkan lebih ramai mencuba sukan tersebut.

“Sehingga kini, lebih 700 penyertaan direkodkan membabitkan 11 negara dengan kategori 15 km paling ramai disertai sekali gus menunjukkan minat mendalam terhadap aktiviti berasaskan alam semula jadi.

“Biasanya larian denai dianggap sukar dan mencabar, tetapi kami mahu mengubah persepsi itu dengan memberikan pengalaman pertama yang lebih mudah, menyeronokkan dan inklusif,” katanya pada sidang akhbar di Decathlon Sri Damansara, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah The Comrades, Arman Arshad, berkata laluan larian direka untuk memberikan pengalaman unik kepada peserta, termasuk melalui kawasan berbukit dan sungai mengikut tahap cabaran setiap kategori. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN