PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan Pasukan Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PPPP-DBKL) bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dapat dilaksanakan dengan cekap, telus dan menepati jadual. DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, pasukan itu berperanan menyelaras projek di bawah peruntukan Belanjawan Madani, memantau kemajuan fizikal dan kewangan projek serta melaporkan prestasi pelaksanaan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan. “DBKL menyambut baik pembentangan Belanjawan Madani 2026 oleh…