KUALA LUMPUR: Seni dan budaya bukan sekadar warisan, sebaliknya mencerminkan identiti serta kekuatan sosial sesebuah masyarakat. Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin berkata, pihaknya menyokong penuh usaha untuk menyemarak, membangun dan memperkasa ekosistem seni serta budaya di ibu negara sama ada melalui pelaksanaan program, kolaborasi mahupun penyediaan fasiliti komuniti budaya. Beliau berkata, kerajaan turut menzahirkan sokongan terhadap sektor seni dan budaya menerusi Anggaran Perbelanjaan Persekutuan…