Datuk John tidak mengaku milik minyak masak paket tanpa lesen

Datuk John tidak mengaku milik minyak masak paket tanpa lesen

TERTUDUH semasa dibawa oleh polis untuk menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk John’ mengaku tidak bersalah dan mohon bicara selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki minyak masak paket tanpa lesen yang sah. 

Datuk John atau Ahmad Nizamuddin Setapa, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Nizamuddin didakwa memiliki minyak 7,135 kilogram (kg) minyak masak paket seberat 1kg di sebuah premis di Kampung Nibong, Bachok pada 22 November 2022 kira-kira pukul 4.40 petang.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 8,348 kg minyak masak peket dengan berat sama di hadapan Balai Polis Kota Bharu pada 24 November 2022 kira-kira pukul 9.15 malam. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan dengan syarat tertuduh melapor diri pada Ahad pertama setiap bulan di pejabat KPDNKK Kelantan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 29 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×