Dakwaan manipulasi meter pam BUDI95 tidak benar

Dakwaan manipulasi meter pam BUDI95 tidak benar

MOHD. Mufsi Lat (kiri) menunjukkan jumlah isian bagi RON95 bagi harga subsidi RM1.99 (kiri) dan tidak bersubsidi (kanan) di salah sebuah stesen minyak di kawasan Perindustrian Jakar, Kemaman di Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menafikan wujudnya unsur manipulasi meter pam dan isian petrol kurang daripada biasa bagi program subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) di negeri ini, seperti yang didakwa dalam media sosial. 

Pengarahnya, Mohd Mufsi Lat berkata, pihaknya menerima empat aduan berhubung isu itu sejak mula dilaksanakan 30 September lalu. 

“Susulan aduan yang diterima, penguat kuasa KPDN bersama Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. menjalankan pemeriksaan meter pam minyak di stesen yang didakwa menggunakan alat khas yang ditetapkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. 

“Hasil pemeriksaan mendapati bacaan meter pam berada dalam had selisih yang dibenarkan serta tiada bukti kukuh menunjukkan berlakunya sebarang manipulasi oleh pengendali stesen minyak,” katanyaselepas mengadakan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di kawasan Perindustrian Jakar, di sini, hari ini. 

Mohd. Mufsi berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan ke atas 108 buah stesen minyak di seluruh negeri dan tiada sebarang pelanggaran peraturan dikesan berlaku.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN