KEMAMAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menafikan wujudnya unsur manipulasi meter pam dan isian petrol kurang daripada biasa bagi program subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) di negeri ini, seperti yang didakwa dalam media sosial. Pengarahnya, Mohd Mufsi Lat berkata, pihaknya menerima empat aduan berhubung isu itu sejak mula dilaksanakan 30 September lalu. “Susulan aduan yang diterima, penguat kuasa KPDN bersama Metrology Corporation Malaysia…