IDEA pengkaryaan datang daripada aneka punca. Pengalaman berkunjung ke sesuatu lokasi biasanya merupakan asbab terperciknya ilham. Hal ini tampaknya benar dalam konteks keberhasilan antologi cerpen Saudagar Kopi (SK). Antologi ini terhasil menerusi muafakat 24 pengkarya dengan penghasilan 28 buah cerpen. Mengapakah judul SK dipilih? Pertama, cetusan datangnya daripada pengalaman saya dan sahabat, Mohd. Nasir Mahmud berkunjung ke sebuah rumah makan dengan nama yang sama, terletak di Jalan Agus Salim, Jakarta…