JASIN: Cemburu dipercayai menjadi punca tragedi dua lelaki warga Bangladesh ditemukan maut di sebuah rumah sewa di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, si mati berusia 42 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah di bahagian dapur manakala rakan serumahnya berumur 31 tahun pula tergantung pada kipas siling. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa berusia 42 tahun itu mempunyai 21 kesan…