'Budak muda' Chelsea belasah Ajax

‘Budak muda’ Chelsea belasah Ajax

Pemain Chelsea meraikan kemenangan menewaskan Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea memanfaatkan aksi di laman sendiri dengan membelasah Ajax Amsterdam 5-1 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge, semalam.

Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca hujan lebat itu menyaksikan tiga gol dijaringkan oleh pemain remaja, tiga sepakan penalti dan satu kad merah.

Kemenangan Chelsea dibantu menerusi jaringan Marc Guiu, Moises Caicedo,Enzo Fernandez, Estevao dan Tyrique George manakala gol tunggal Ajax disumbangkan oleh Wout Weghorst.

Pada perlawanan itu, pengurus Chelsea, Enzo Maresca, menurunkan barisan pemain dengan purata umur 22 tahun selepas melakukan 10 pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

Maresca menegaskan bahawa dia berasa bangga dengan semua pemain muda yang menunjukkan prestasi cemerlang dan percaya ia adalah perkembangan positif untuk masa depan Chelsea.

“Saya bekerja dengan mereka setiap hari. Saya tahu apa yang mereka mampu lakukan. Perkara terbaik tentang mereka ialah mereka mahu belajar dan mahu berkembang.

“Saya sangat berbangga. Ia malam yang hebat terutamanya untuk pemain muda dan kelab,” kata Maresca. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN