PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem berjadual bagi memperkukuh keselamatan dan mutu perkhidmatan bermula 24 hingga 26 Oktober 2025. Dalam satu kenyataan, BSN memaklumkan beberapa perkhidmatan utama akan tergendala sepanjang tempoh berkenaan, khususnya bermula jam 10.45 malam hingga 6 pagi. “Antara perkhidmatan yang akan tergendala termasuklah transaksi kad debit dan kad kredit BSN melalui perbankan Internet myBSN dan aplikasi BSN Mobile, mesin pengeluaran automatik (ATM),…