PETALING JAYA: BookXcess kembali dengan tawaran luar biasa sehingga diskaun 90 peratus menerusi jualan buku terbesar negara, ‘Kaw Kaw Crazy Deals’.
Diskaun tersebut ditawarkan untuk ribuan judul buku terlaris termasuklah buku katogori antarabangsa, karya klasik, fiksyen, bukan fiksyen, buku kanak-kanak hingga koleksi seni.
Menurut Pengurus Pemasaran BookXcess, Dewgem Yen, buku dijual serendah RM1, manakala koleksi Pop Art bermula hanya RM19.90.
Malah katanya, kempen ini bukan sekadar jualan besar-besaran tetapi juga tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka terhadap budaya membaca.
“Kami adakan ‘Kaw Kaw Crazy Deals’ sebagai tanda penghargaan ‘kaw kaw’ kepada rakyat Malaysia, khususnya komuniti Pulau Pinang yang terus menyokong gerakan membaca dan menyalakan semula semangat membaca dalam kalangan generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Menariknya, pelanggan yang berbelanja RM150 dan ke atas akan menerima baucar RM10 serta hadiah eksklusif percuma, selain berpeluang menyertai ‘Kaw Kaw Cash Back Contest’ untuk memenangi semula nilai penuh pembelian mereka.
Kempen ini berlangsung sehingga 2 November ini, menjadikan Pulau Mutiara, Pulau Pinang bukan sahaja pusat pelancongan tetapi juga pusat revolusi membaca rakyat Malaysia.-UTUSAN