KUALA LUMPUR: Dua ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu semalam, mendakwa kes mereka tidak dikendalikan dengan prosedur yang betul. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga ahli Parlimen Machang berkata, selain itu, terdapat dua anggota lembaga itu mempunyai konflik kepentingan dengan kepemimpinan parti. Beliau berkata, pengadu juga tidak hadir sewaktu dipanggil ke prosiding Lembaga Disiplin minggu lalu sedangkan itu…