KUALA LUMPUR: Syarikat tempahan tiket bas dalam talian, redBus menyambut baik komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang memberi tumpuan terhadap peningkatan keterhubungan serta pembangunan ekosistem pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Ketua Pegawai Perniagaan syarikat itu, Krishnan Ramaswami berkata, langkah kerajaan memperuntukkan lebih RM700 juta bagi memperkukuh infrastruktur pelancongan, pemasaran dan penyertaan komuniti membuktikan keazaman untuk menggiatkan semula sektor berkenaan yang menjadi tunjang ekonomi tempatan. “Saya berasa amat…