KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 dirangka berteraskan kepada persediaan melindungi isi rumah daripada tekanan semasa, sambil meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa hadapan. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, belanjawan kali ini memberi tumpuan khusus kepada realiti harian rakyat daripada keluarga yang berusaha menyeimbangkan bajet bulanan, hinggalah kepada anak muda yang mencari pekerjaan pertama. “Ketidaktentuan bukan sekadar konsep, namun ia adalah realiti yang dialami. Justeru, Belanjawan 2026 digubal…