PETALING JAYA: Belanjawan 2026 untuk memastikan reformasi institusi dan tadbir urus negara terus menjadi teras kepada pembangunan Malaysia yang mampan, berdaya tahan dan makmur. Selaras dengan tekad Kerajaan Madani untuk memastikan akses kepada keadilan untuk semua, beberapa inisiatif penting telah diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). Antaranya termasuk penubuhan Mahkamah Bergerak Khas Kanak-Kanak, pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta kenaikan gaji hakim sehingga 30…