PETALING JAYA: Tiada elemen ‘kejutan’ buat pekebun-pekebun kecil dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan hari ini. Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan berkata, apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai penyambungan inisiatif daripada belanjawan sebelum ini. Menurutnya, pihak kerajaan perlu meneliti semula permohonan kami dalam membangunkan industri pekebun-pekebun kecil di Malaysia. “Nampak macam penyambungan apa yang kami dapat pada tahun 2025, tidak ada…