KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka akan menumpukan pengurusan fiskal berhemat, penjanaan hasil negara yang mampan, serta langkah menyokong industri terkesan akibat ketidaktentuan ekonomi global, termasuk tarif Amerika Syarikat (AS) dalam Belanjawan 2026, Jumaat ini. Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Apurva Sanghi berkata, kerajaan perlu mencari keseimbangan antara kesinambungan fiskal dan keperluan merangsang ekonomi, khususnya dalam konteks pertumbuhan yang perlahan serta tekanan hutang negara yang semakin meningkat. Ujarnya, Malaysia kini mencatatkan…