Belanja RM12.96 trilion untuk perang

Belanja RM12.96 trilion untuk perang

Dunia membelanjakan RM12.96 trilion untuk peperangan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dunia membelanjakan hampir AS$2.7 trilion atau RM12.96 trilion semata-mata bagi pembelian senjata untuk berperang berbanding hanya 10 peratus menangani kebuluran.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva berkata, pemimpin dunia perlu segera mengalihkan sebahagian besar perbelanjaan ketenteraan kepada usaha menangani krisis kemanusiaan yang semakin membimbangkan.

Luiz Inácio Lula da Silva

Lula turut menzahirkan kekecewaannya terhadap kegagalan dunia memberi perhatian sewajarnya kepada nyawa orang awam yang terkorban akibat konflik bersenjata.

“Jumlah besar itu sepatutnya digunakan bagi membendung kebuluran dan membantu golongan terjejas di seluruh dunia.

“Apa yang menyedihkan saya ialah dunia membelanjakan jumlah sebesar itu untuk senjata, namun tidak sampai 10 peratus daripadanya digunakan untuk menghapuskan kelaparan di dunia,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, lebih membimbangkan jumlah itu menyebabkan ramai nyawa termasuk kanak-kanak terkorban.

“Apa yang menyedihkan saya juga ialah walaupun pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan, lebih 70,000 wanita dan kanak-kanak yang mati kebuluran tidak akan kembali.

“Semua ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab seorang pemimpin politik di Israel, bukan rakyat Israel,” katanya.

Mengulas lanjut, Lula berkata, Brazil berhasrat memainkan peranan dalam usaha menamatkan peperangan antara Rusia dan Ukraine.

“Saya rasa perang itu sudah sampai ke tahap matang. Lihat, sudah tiga tahun perang berlangsung.

“Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tahu apa yang dia mahu, Presiden Russia, Vladimir Putin tahu apa yang dia mahu, semua pihak tahu apa yang mereka akan dapat.

“Sekarang hanya tinggal duduk di meja rundingan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk tamatkan perang ini,” katanya.

Menurut Lula, keikhlasan menjadi asas kepada pandangannya terhadap isu-isu global yang melibatkan nyawa manusia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN