PETALING JAYA: Malaysia bakal mewajibkan semua pengendali media sosial melaksanakan pengesahan identiti eKYC (electronic – Know Your Customer) bagi memastikan pengguna bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun di platform berkenaan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bertujuan untuk melindungi kanak-kanak di alam maya dengan memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform media sosial dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan. “Apabila saya bertemu wakil platform media sosial bulan…