Banjir kilat di Kulim, 158 mangsa di dua PPS

Banjir kilat di Kulim, 158 mangsa di dua PPS

PEGAWAI dan anggota APM Kulim membantu memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di empat kampung dalam daerah Kulim. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seramai 158 mangsa banjir daripada 45 keluarga di daerah ini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sejak malam tadi. 

Jumlah itu membabitkan mangsa yang dipindahkan di PPS Surau Al Shahidin Taman Sang Kancil yang dibuka pukul 8.30 malam, manakala PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok pada pukul 11 malam. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Alif Ahmad berkata, penduduk di kawasan itu terjejas banjir susulan hujan lebat lebih dua jam sejak 5 petang semalam.

“Mereka antaranya dari Mukim Lunas dan Sungai Ular membabitkan Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Betok.

“Jumlah mangsa di PPS Surau Al Shahidin Taman Sang Kancil adalah seramai 143 mangsa daripada 41 keluarga sementara di PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok pula menempatkan seramai 15 mangsa daripada empat keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan laman web Info Public Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah, Sungai Janing di Kampung Labi (F2) Padang Terap kini melepasi tahap amaran manakala Sungai Ketil di Kampung Bongor (F2) di Baling pula sudah melepasi tahap waspada setakat pagi ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN