Banjir: 200 penduduk di Pokok Sena dipindahkan ke PPS

Banjir: 200 penduduk di Pokok Sena dipindahkan ke PPS

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 200 penduduk di Pokok Sena, dekat sini menjadi mangsa terawal yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda kawasan itu, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, kesemua mangsa terdiri daripada 50 keluarga di tiga mukim iaitu Gajah Mati, Tualang dan Derang.

“Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Puteri, Kampung Sungai Durian, Kampung Temusu dan Kampung Pulau Nyor.

“Kesemua penduduk terjejas kini ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena yang mula diaktifkan sejak pukul 11 malam tadi setelah kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat sejak tengah hari,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kira-kira 29 rumah di empat kampung dalam mukim Naga dan Malau di Kubang Pasu terjejas akibat banjir setakat pukul 8 malam tadi.

Beberapa jalan utama juga dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan ringan, namun tiada PPS dibuka di daerah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN