KUALA TERENGGANU: Memperkukuh sistem sokongan psikososial, kesihatan mental dan memperluas akses kepada aktiviti rekreasi serta kebudayaan yang menyumbang kepada kesihatan emosi, adalah antara cabaran utama Terengganu untuk mengekalkan status negeri paling bahagia di Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, mengekalkan status sebagai negeri paling bahagia memerlukan usaha berterusan dan pendekatan menyeluruh. Beliau berkata, aspek kesejahteraan mental dan emosi yang mencatat skor…










