KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta negara ASEAN membantu mempercepatkan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) bagi memastikan usaha damai dapat dicapai membabitkan isu konflik Thailand dan Kemboja. Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-19 berkata, usaha itu penting bagi memperkukuhkan keamanan rantau ini. “Saya menyeru semua negara ASEAN bukan sahaja menyokong usaha damai ini, tetapi turut membantu mempercepatkan penubuhan AOT. “Adalah harapan bersama…

 
								 
											









