KUALA LUMPUR: Korea Selatan mengemukakan tiga tumpuan dasar utama bagi memperkukuh hubungan dengan ASEAN, meliputi kerjasama dalam bidang pembangunan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan serantau. Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung berkata, tumpuan pertama ialah menjadikan Korea sebagai rakan pembina impian dan harapan ASEAN, dengan memperkukuh pertukaran modal insan meliputi sektor pendidikan, kemahiran dan kesihatan antara kedua-dua pihak yang kini melibatkan lebih 15 juta orang setiap tahun. Tumpuan kedua menjadikan Korea…










