ASEAN-Korea dinaik ke Perkongsian Strategik Komprehensif

ASEAN-Korea dinaik ke Perkongsian Strategik Komprehensif

MOHAMAD Hasan ditemui pada Sidang Berkaitan Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ASEAN dan Korea Selatan terus memperkukuh kerjasama dua hala selepas hubungan antara kedua-dua pihak dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN mahu hubungan dua hala dengan Korea Selatan terus dipertingkatkan khususnya dalam bidang pemindahan teknologi serta kerjasama berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Katanya, perkara itu termasuk kerjasama dalam pertukaran maklumat terutama dari segi jenayah siber dan bidang berkaitan.

“Sidang (hari ini) merupakan salah satu rakan dialog ASEAN yang telah terjalin lebih daripada 30 tahun. Hubungan ASEAN dengan Republik Korea dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif kerana hubungan antara ASEAN dan Korea amat kukuh,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Ke-25 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Mohamad berkata, tiada sebarang perjanjian baharu dibuat, namun satu kenyataan bersama telah dikeluarkan. 

“Dalam kenyataan itu, disenaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi mempertingkatkan hubungan kerana ASEAN–Korea kini dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Pelaksanaannya perlu dijalankan di peringkat kepegawaian sebagaimana yang telah diputuskan oleh ketua-ketua negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN